PERIHAL LEBAH MADU
Lebah Madu hidup di bawah Hukum Alam iaitu hanya yang lebih kuat akan hidup lama. Setiap sarang lebah mengandungi seekor Ratu lebah dan kira-kira 60,000 ekor lebah pekerja dan dron atau lebah jantan. Seekor Ratu lebah akan hidup diantara lima hingga tujuh tahun lamanya. Pada musim aliran Madu, Ratu lebah akan bertelur sebanyak dua atau tiga ribu biji telur setiap hari- lebih daripada berat dirinya-sambil sentiasa diberi makan dengan Jeli Raja oleh lebah-lebah pekerja. Kesemua telur pekerja lebah yang ditelurkan oleh ratu lebah itu kelihatan serupa dan perbezaan diantara mereka terletak pada jumlah “Jeli Raja” yang diberi kepada sel-sel telur. Jeli Raja ini dikeluarkan oleh lebah-lebah pekerja daripada hipofaringeal atau kelenjar-kelenjar perawat di dalam kepala mereka.
Sebenarnya, lebah-lebah pekerjalah yang “mencipta” Ratu lebah dengan memberi “telur” atau “tempayak” di dalam sel makan Jeli Raja dengan banyakmya. Tempayak Raja lebah – yang diberi makan dengan Jeli Raja sahaja – akan muncul dalam masa lima belas atau enam belas hari. Sel-sel lebah pekerja pula- yang diberi makan Jeli Raja pada mulanya tetapi kemudian ditukar kepada adunan Debunga atau madu yang dipanggil “susu Lebah” selepas dua atau tiga hari – akan muncul dalam masa dua puluh satu hari. Lebah-lebah pekerja ini juga terdiri daripada spesies betina tetapi ovari lebah-lebah ini belum terbentuk kerana kurang menerima Jeli Raja. Lazimnya, lebah-lebah pekerja akan hidup selama empat hingga enam minggu pada musim-musim pengeluaran madu yang sibuk. Lebah-lebah ini akan bekerja keras untuk membina sarang lebah sehingga sayap-sayap luruh dan lebah-lebah itu akan jatuh mati dimana-mana sahaja mereka berada.
Sel-sel dron (atau lebah jantan) juga diberi makan dengan susu lebah dan akan membesar salam masa dua puluh empat hari. Dron-dron tidak mempunyai bias, bakul Debunga atau pun kelenjar-kelenjar lilin. Dron-dron tidak membuat sebarang kerja di dalam koloni. Peranan dron-dron hanyalah untuk mengawan dengan Ratu Lebah. Dron-dron yang terbang terpantas ketika membuat penerbangan “sulung” akan mengawan dengan ratu lebah di udara untuk mensenyawakan telur-telur yang bakal dikeluarkan oleh ratu lebah. Sekali lagi kita akan melihat Hukum Alam dalam penghidupan bagi yang lebih kuat.Dron-dron ini akan “dibiarkan” oleh koloni sehingga musim luruh apabila dron-dron itu akan dimusnahkan oleh lebah-lebah pekerja untuk mengekalkan bekalan makanan pada musim sejuk.
Organisasi sosial sarang lebah dapat dilihat dengan ketara melalui pengagihan kerja di dalam koloni. Lebah-lebah pekerja yang baru menetas akan mencuci dan mengilap sel-sel buat persediaan Ratu Lebah untuk bertelur. Selepas beberapa hari,lebah-lebah pekerja ini akan menjadi cukup matang untuk mengeluarkan “susu lebah” untuk memberi makan kepada tempayak lebah. Apabila kelenjar-kelenjar tidak lagi mengeluarkan susu lebah,lebah-lebah pekerja tidak lagi memberi makanan kepada tempayak lebah, tetapi akan mula menerima nectar atau madu bunga yang dibawa balik oleh lebah-lebah ladang.sebaik sahaja nektar diterima, bahan itu akan dimuntabkan daripada perut seekor lebah ke yang lain-meghantar nektar berulang-alik daripada seekor lebah ke seekor lebah beratus kali-menambah enzim kepada nektar dan seterusnya menghasilkan Madu. Setelah itu, lebah-lebah pekerja akan menyimpan Madu di dalam sel-sel sambil mengeringkan bahan itu dengan mengipas dengan sayap-sayap. Lebah-lebah pekerja juga menerima Debunga dan menukar bahan itu menjadi sejenis bahan yang digelar “Roti Lebah” untuk disimpan di dalam indung madu dan akan diberi makan kepada anak-anak lebah yang baru menetas.
Apabila lebah-lebah pekerja menjangkau usia tiga belas hari, lebah-lebah itu akan mula membantu membuat lilin indung madu. Para saintis,arkitek-arkitek dan juga jurutera-jurutera telah mengkaji sel-sel berbentuk segi enam atau heksagon ini dan mendapati bahawa sel-sel ini adalah dalam bentuk yang terkuat yang boleh dihasilkan. Apabila kelenjar-kelenjar lilin berhenti berfungsi, lebah-lebah pekerja akan menjadi “pegawal” lubang masuk sarang lebah – lantas mempertahankan sarang lebah daripada serangga dan lain-lain pencari mangsa yang kecil. Akhirnya, lebah-lebah pekerja muda ini akan menjadi cukup bersedia dan cukup matang untuk tugas memungut makanan.
Pengagihan kerja menurut usia lebah-lebah ini mempastikan setiap tugas akan sentiasa mempunyai bilangan pekerja yang diperlukan setiap masa.Peringkat dewasa lebah-lebah pekerja digunakan untuk mencari nectar, debunga,air dan propolis. Nektar dikumpulkan untuk simpanan musim sejuk, debunga dipungut untuk bahan makanan dan untuk membesarkan anak-anak lebah, air diangkut untuk menghasilkan kabut nipis, sayap diguna untuk menyejukkan sarang lebah dan mengekalkan suhu yang sesuai, sementara propolis dipungut untuk mengekalkan keadaan koloni yang steril – bebas daripada bakteria-serta untuk membaiki indung madu, dan rekahan-rekahan pada sarang lebah.Para penyelidik dari Cornell University mengatakan bahawa mereka telah menemui satu lagi kategori kerja bagi Lebah Madu dewasa-sebagai pengurus bangkai. Suatu kumpulan elit lebah sosial mengurus bangkai-bangkai lebah yang telah mati, dan hanya satu atau dua peratus daripada jumlah lebah di dalam sarang yang menjadi pengurus bangkai pada suatu ketika. Lebah-lebah yang mengamalkan kerja-kerja mengusung bangkai ini memainkan peranan yang penting dalam memelihara kehidupan di dalam sarang lebah. Kebanyakan lebah mati ketika keluar mencari makanan, tetapi bagi yang mati di dalam sarang akan mendatangkan bahaya kepada sarang lebah kerana menarik perhatian pencari-pencari mangsa. Kebanyakan lebah, kecuali pengurus bangkai tidak mempedulikan atau hanya mencuit bangkai-bangkai kerana kerana ingin tahu sahaja. Seekor pengurus bangkai biasanya akan tiba ke tempat kematian dalam masa sejam dan mengalihkan bangkai dengan menguna mandibel. Sungguh menakjubkan bagaimana seekor lebah boleh membawa terbang seekor lebah lain yang sama berat denganya sejauh 400 kaki daripada sarang lebah di mana bangkai lebah akan digugurkan.Para penyelidik mendapati bahawa lebah-lebah yang mati mengeluarkan sejenis kimia untuk memberi tanda kepada lebah-lebah pengurus bangkai supaya mengurus bangkai-bangkai tersebut.
Dr.Karl Von Frisch,seorang ahli sains Jerman, berkata di dalam bukunya yang berjudul “Tarian, Bahasa dan Orientasi Lebah-Lebah” (“The Dance, Language and Orientation of the Bees”) bahawa lebah-lebah mempunyai deria rasa dan boleh membeza-bezakan warna.Apabila seekor lebah kembali ke koloni dengan membawa bekalan makanan untuk sarangnya, lebah itu akan melakukan sejenis tarian khas di atas indung madu untuk menunjuk kepada lebah-lebah pekerja lain arah sumber makanan tersebut. Pada masa yang sama, lebah itu akan mengerakkan atau “mengoyangkan” badannya ke depan dan ke belakang supaya mengeluarkan bunyi. Pergerakan “mengoyangkan” dan bunyinya ini ada kaitan dengan jarak sumber makanan daripada koloni. Dengan menyentuh lebah yang sedang “menari” itu dan dengan memahami bunyinya, lebah-lebah pekerja yang lain akan dapat tahu arah dan jauhnya sesuatu sumber makanan.
Alam semula jadi menentukan satu kaedah untuk pembiakan kiloni-koloni baru semasa lebah-lebah pekerja mula memelihara sel-sel ratu lebah yang baru. Apabila sel-sel menjadi matang, lebah-lebah pekerja akan menghantar “peninjau-peninjau” untuk mencari kediaman baru. Apabila peninjau-peninjau ini kembali Ratu Lebah yang lama dan sebahagian daripada lebah-lebah pekerja akan melahap madu sekenyang-keyangnya dan akan pergi ke kediaman baru. Sementara di dalam koloni baru Ratu Lebah yang muncul terdahulu akan memusnahkan sel-sel Ratu Lebah lain yang dijumpainya. Sekiranya dua ekor Ratu Lebah yang muncul dalam satu masa yang sama, lebah-lebah ini akan dipaksa untuk “bertarung sampai mati” oleh lebah-lebah pekerja yang masih tinggal di dalam sarang lebah tersebut. Ratu Lebah yang selamat akan menjadi raja sarang lebah,dan sekali lagi membuktikan Hukum Alam-hanya yang lebih kuat layak untuk hidup.
SUMBER: Charles H. Robson
Wickenberg, Arizona.
No comments:
Post a Comment